Friday 11 November 2011

pEncEmArAn AlaM sEkItAr di kAwAsAn piNgGir bAndAr

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai isu. Isu rebakan bandar ke kawasan pinggir bandar adalah merupakan satu isu yang semakin berleluasa sekarang. Isu ini memberi kesan negetif dan juga kesan positif. Antara kesan negetif akibat daripada perebakan bandar ke kawsan luar bandar ialah pencemaran alam sekitar yang serius. pencemaran alam terutamanya pencemaran udara berlaku disebabkan berlakunya pertambahan kenderaan bermotor dan juga pertambahan kawasan-kawasan perindustrian. Pencemaran udara boleh ditafsir sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung di udara yang menyebabkan berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Perkembangan pesat di pinggi bandar menyebabkan udara di kawasan itu yang sebelum ini bersih tanpa sebarang pencemran menjdi tercemar. asap-asap kenderaan dari kenderaan bermotor dan kilang mengeluarkan gas-gas karbon dioksida dan bahan pencemar yang lain yang boleh menyebabkan udara mnjadi kotor. Gas-gas yang dilepaskan ini akan terbebas keudara dan berkumpul menjadi satu lapisan penebat haba atau dikenali sebagai jerebu. Pencemaran udara juga berlaku disebabkan pembakaran secara terbuka, pembakaran hutan dan juga bahan-bahan sisa bandaran. Jika dibiarkan hal ini berlanjutan, banyak kesan negetif akan berlaku seperti masalh kesihatan, pemanasan global dan lain-lain. Kita juga tidak dapat lagi menghirup udara segar dikawasan pinggir bandar kerana kawasan ini sudah pun tercemar akibat daripada kita sendiri.

                           pelepasan asap-asap kilang

pelepasaan asap dari kenderaan bermotor

bahan-bahan sisa bandaran

No comments:

Post a Comment