Monday 17 October 2011

bAndAr pAdAt vS rEbAkaN bAndAr

RMKe 10 telah menjelaskan tentang cabaran menjadikan bandar di negara ini  lebih sesuai didiami, ceria dan padat serta berorientasikan penduduk.  Ciri-ciri bandar sebegini merupakan juga matlamat yang ingin dicapai oleh Dasar Perbandaran Negara yang telah diluluskan semenjak 2006 lagi.
Pembangunan bandar-bandar di Malaysia masih lagi tertumpu di sepanjang koridor jalan utama tanpa ada pemisah di antaranya contohnya sepertimana terjadi di Petaling Jaya dan Shah Alam. Rebakan (sprawl) bandar seumpama ini didapati telah menghasilkan kesan-kesan negatif dari aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi, di samping ianya boleh menjejas  identiti dan imej bandar di negara ini.  Kesan nagatif rebakan bandar adalah seperti berikut:
  1. Kehilangan tanah pertanian yang produktif dan kawasan sensitif alam sekitar Kesesakan lalu lintas yang teruk ekoran perjalanan ke tempat kerja yang meluas;
  2. Pencemaran udara hasil kebergantungan yang tinggi kepada kenderaan persendirian;
  3. Kos penyediaan infrastruktur yang tinggi yang melibatkan  pembangunan berkepadatan rendah
Pembangunan bandar padat telah lama dipraktikkan di negara membangun, bagi mengatasi kesan buruk rebakan bandar.  Secara amnya, konsep bandar padat ini bertujuan menggunakan dengan lebih efisyen sumber-sumber tanah dan infrastruktur sedia ada, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.  Prasyarat bagi membangunkan model bandar padat adalah:
Mengenakan Had Pembangunan Bandar;
  1. Memberi fokus kepada pembangunan berkepadatan tinggi;
  2. Menggalakkan pembangunan bercampur;
  3. Kebergantungan kepada pengangkutan awam; dan
  4. Membangun kawasan “infill” dan “brownfield”.
Pembangunan bandar padat juga adalah penting sebagai penyumbang kepada penyelesaian isu pemanasan global, melalui pengurangan pelepasan Green House Gas ke udara.  Kerajaan Malaysia, ketika Persidangan United Nations on Climate Change di Copenhagen, 2009 telah memperakukan perlaksanaan pengurangan dengan kadar 40% pelepasan CO2 menjelang 2020.  Perkara ini dan komitmen tinggi Kerajaan di dalam penggunaan pengangkutan awam  merupakan satu loncatan besar ke arah merealisasikan bandar padat yang berorientasikan penduduk.  Dengan adanya perkhidmatan MRT dari Sg Buloh hingga ke Kajang di dalam Greater Kuala Lumpur, pembangunan berdensiti tinggi dan bercampur dijangka akan berlaku di sepanjang koridor dan transit MRT, yang diperluaskan bagi mewujudkan jumlah penumpang yang mencukupi bagi memastikan projek untuk terus berdaya maju.  Peningkatan pulangan ke atas pelaburan hartanah juga akan menyaksikan pembangunan yang rancak di kawasan infill dan brownfield.
Dalam melaksanakan konsep  bandar padat di negara ini, salah satu cabaran utama adalah di dalam menghadkan pembangunan bandar di dalam sempadan yang ditetapkan.  Sempadan had ini akan dilakukan di peringkat penyediaan Rancangan Tempatan yang akan di gunakan oleh PBT di dalam proses kawalan perancangan masing-masing.
Sehingga kini, bandar padat ditafsirkan secara berbeza-beza di seluruh dunia dengan konsep dan kaedah yang bergantung kepada keadaan setempat.  Adalah penting, walau bagaimanapun untuk menyedari bahawa bandar padat haruslah dilaksanakan dengan cara yang dipersetujui penduduk bagi membangunkan komuniti yang menarik pada kepadatan pembangunan yang lebih tinggi dari yang pernah dialami.
Pengalaman dari negara lain mendapati wujudnya stigma ke atas kehidupan berdensiti tinggi hasil pembangunan berkualiti rendah yang dilaksanakan.  Ini akan menjejaskan penerimaan awam ke atas kehidupan berkepadatan tinggi.  Bagi model bandar padat diterima umum, rekabentuk bangunan dan perbandaran yang lebih pintar dan menarik, dari yang dapat dilihat pada masakini perlu dilaksanakan.  Kesejahteraan bandar dari aspek visual telah lama diabaikan di negara ini dan usaha bersepadu di perlukan bagi mengatasinya.

Monday 3 October 2011

rUrAl aReA...!!

Rural areas or the country or countryside are areas that are not urbanized, though when large areas are described, country towns and smaller cities will be included. They have a low population density, and typically much of the land is devoted toagriculture. The degree to which areas of wilderness are included in the term varies; very large wilderness areas are not likely to be described by the term in most contexts.
In most parts of the world rural areas have been declining since the 19th century or earlier, both as a proportion of land area, and in terms of the proportion of the population living in them. Urbanization encroaches on rural land, and the mechanization of agriculture has reduced the number of workers needed to work the land, while alternative employment is typically easier to obtain in cities. In parts of the developed world urban sprawl has greatly reduced the areas that can be called rural, and land use planning measures are used to protect the character of rural areas in various ways